Jumlah kes denggi di Terengganu meningkat empat kali ganda dengan 85 kes direkodkan bermula Januari hingga 18 Jun lalu berbanding hanya 21 kes dalam tempoh sama tahun lalu.<br /><br />Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, dalam tempoh itu juga, dua episod wabak didaftarkan iaitu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu berbanding satu episod wabak tahun lalu.
